Dua beradik maut langgar lubang: Syarikat konsesi diarah beri penjelasan, kemuka laporan terperinci

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SYARIKAT konsesi diarah memberi penjelasan berhubung kemalangan dipercayai berpunca daripada jalan berlubang di Jalan Felda Inas, Bandar Tenggara, Kluang yang telah meragut nyawa dua beradik, baru-baru ini.

Pada masa sama, syarikat konsesi dan Jabatan Kerja Raya (JKR) turut diarah mengemukakan laporan terperinci mengenai kemalangan tersebut dengan kadar segera.

Arahan itu dikeluarkan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ketika mengadakan pertemuan selama lebih dua jam dengan wakil syarikat konsesi yang bertanggungjawab ke atas penyelenggaraan jalan tersebut iaitu Selia Senggara Selatan Sdn Bhd di Melaka.

Dalam hantaran di Facebook, Alexander berkata, beliau juga telah tegas menegur syarikat konsesi itu supaya meningkatkan usaha untuk memastikan jalan yang berada di bawah tanggungjawab mereka sentiasa berada dalam keadaan baik demi keselamatan pengguna.

“Seperti rakyat Malaysia yang lain, saya turut terkejut dan bersedih atas kejadian ini, lebih-lebih lagi isu jalan berlubang telah menjadi salah satu fokus utama saya sejak menerajui Kementerian Kerja Raya (KKR) pada 2022.

Baca artikel lain: Dua beradik maut langgar lubang: Pelbagai kerosakan dikesan di Jalan Felda Inas

“Justeru, hari ini, saya telah membatalkan mesyuarat pasca-Kabinet di kementerian untuk bertemu sendiri dengan wakil syarikat konsesi yang bertanggungjawab ke atas penyelenggaraan jalan tersebut iaitu Selia Senggara Selatan Sdn Bhd di Melaka,” katanya dalam hantaran tersebut.

Mengulas lanjut, Alexander turut mengingatkan semua syarikat untuk meningkatkan kekerapan rondaan jalan raya bagi mengesan dan memperbaiki kerosakan dengan lebih cepat selain menyemak semula prosedur pemantauan dan pembaikan jalan raya yang digunakan selama ini.

“Jangan hanya bertindak selepas tragedi berlaku kerana pematuhan kepada standard penyelenggaraan jalan bukan sekadar tanggungjawab kontrak tetapi juga satu amanah untuk memastikan keselamatan rakyat.

“Saya tidak mahu ada lagi nyawa melayang disebabkan oleh kelemahan infrastruktur jalan raya,” katanya.

Pada 21 Mac, media melaporkan dua beradik, Norhazim Kamaruzaman, 17, dan Nur Alif Ikhwan, 16, maut akibat parah di kepala serta badan selepas motosikal ditunggang terlanggar lubang ketika dalam perjalanan ke sekolah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hadi sahkan pertemuan pemimpin Pas dan UMNO, beri bayangan penyatuan parti politik Melayu

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan berlaku pertemuan antara pemimpin parti itu dengan UMNO, malam tadi. Ia susulan...

More Articles Like This