Raya Mana versi Kelantan, Nabila Razali lunaskan permintaan peminat ingin dengar lagu dialek Pantai Timur

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI Nabila Razali kembali menceriakan suasana Aidilfitri dengan mempersembahkan lagu raya terbaharunya, ‘Raya Mana’, dalam versi Kelantan bersama penyanyi Den Manjo. 

Versi istimewa ini dihasilkan bagi memenuhi permintaan peminat yang ingin mendengar lagu itu dalam loghat negeri Pantai Timur itu.

Menurut Nabila, dia berasa sedikit gementar untuk menyanyikan versi ini kerana tidak begitu fasih dalam loghat Kelantan walaupun sudah lebih setahun mendirikan rumah tangga dengan suami yang berasal dari negeri terkenal dengan jolokan Cik Siti Wan Kembang.

“Bagi siapa yang menanti lagu ini dalam versi Kelantan bersama dengan Den Manjo, permintaan anda sudah saya tunaikan. Sejujurnya saya agak gementar untuk menyanyikan lagu ini kerana loghat Kelantan bukanlah bahasa pertama saya.

“Sampaikan sudah menimang cahaya mata pun saya masih lagi belum fasih untuk berbahasa Kelantan. Tapi tak mengapa, mula-mula menyanyi dahulu, lepas itu mana tahu boleh fasih,” katanya.

Nabila yang juga penyanyi lagu Peluang Kedua berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sesi rakaman Gempak Jam Session Raya yang berlangsung di Sora Studio baru-baru ini.

Dalam pada itu, bagi memastikan sebutannya tepat, Nabila turut mendapatkan bimbingan daripada Den Manjo mengenai cara percakapan masyarakat Kelantan agar nyanyiannya tidak kedengaran canggung.

“Saya tanya sama ada sebutan saya ini betul atau tidak sebab takut salah. Den pun banyak berkongsi cara pertuturan orang Kelantan.

“Insya-Allah, saya harap orang Kelantan tidak marah kalau saya tersalah sebut,” katanya lagi.

Tahun lalu, lagu ‘Raya Mana’ berjaya menjadi antara lagu raya yang ‘trending’ dan tular di media sosial.

Malah, Nabila turut mendapat perhatian ramai apabila mempersembahkan lagu ‘Raya Mana’ dalam bahasa isyarat, menjadikannya lebih inklusif kepada semua lapisan masyarakat

Dengan pelancaran ‘Raya Mana’ versi Kelantan ini, diharapkan ia dapat memberikan keceriaan dan menyemarakkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This