KPKT senarai hitam 109 pemaju hartanah tidak patuh peraturan – Nga

Dari Penulis

KEMENTERIAN Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menyenaraihitamkan 109 pemaju hartanah kerana gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Nga berkata tindakan tersebut dilakukan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan pihaknya melindungi kepentingan pembeli rumah.

“Tindakan menyenaraihitam pemaju-pemaju ini memberi mesej yang jelas bahawa kami tidak akan bertolak ansur dengan ketidakpatuhan. Kami mengambil tindakan tegas untuk melindungi wang hasil titik peluh pembeli rumah dan memastikan mereka menerima rumah yang mereka layak.

“Keselamatan pembeli rumah kekal sebagai antara keutamaan kementerian. Pemaju perlu mematuhi peraturan bagi memastikan projek mereka disiapkan mengikut masa dan mematuhi piawaian yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Projek Perumahan Mampu Milik ke-14, hari ini.

Baca artikel lain: Tular video didakwa buli di MRSM, ‘YOU TOUCH YOU GO’, kata Asyraf Wajdi

Nga berkata antara kesalahan yang dilakukan pemaju-pemaju tersebut adalah kegagalan mengemukakan laporan status pembangunan dan kegagalan mengemukakan laporan audit termasuk kunci kira-kira dan penyata untung rugi kepada pihak berkuasa.

Beliau berkata pemaju yang telah disenaraihitam tidak layak untuk memohon lesen baharu sehingga mereka menyelesaikan bayaran denda yang tertunggak.

Beliau turut menasihatkan pembeli rumah untuk menyemak terlebih dahulu status lesen pemaju di laman web rasmi https://teduh.kpkt.gov.my/ sebelum membuat sebarang komitmen kewangan bagi membeli hartanah.

“Kami komited untuk menegakkan pematuhan peraturan bagi melindungi hak pembeli rumah dan memastikan pasaran perumahan yang adil dan telus untuk semua,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MCA akui pengundi Cina kini kecewa namun tak anggap boleh diterjemah dalam bentuk undi

HASIL kajian lapangan dilakukan oleh MCA mendapati bahawa rata-rata pengundi Cina kini berada dalam keadaan kecewa khususnya dengan apa...

More Articles Like This