PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan siasatan dijalankan susulan tular satu video kejadian buli yang didakwa berlaku di salah sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), di Pulau Pinang.
Video penuh klik link
https://t.me/infoutusantv/9974
Asyraf Wajdi dalam satu hantaran di Facebook berkata, tiada sebarang tolak ansur akan diberikan sekiranya terdapat perlakuan buli membabitkan murid MRSM.
“Saya sudah minta pegawai saya siasat segera jika benar peristiwa ini berlaku di MRSM.
“Jika benar pelajar-pelajar ini adalah pelajar MRSM, tiada kompromi lagi, tindakan tegas pasti akan diambil,” katanya.
Beliau turut menegaskan pendirian terhadap larangan aktiviti tidak sihat dan bentuk budaya buli dalam institusi terutama di bawah seliaan MARA.
“Saya sudah mengingatkan banyak kali semenjak diberikan amanah menjaga MARA, “YOU TOUCH YOU GO!” Tiada tempat untuk pembuli atau yang cuba membudayakan ‘BULI’ dalam apa jua bentuk di MRSM,” ujarnya.
Sebelum itu tular di media sosial video berdurasi seminit 31 saat yang memaparkan aksi seorang murid dibuli oleh beberapa rakan yang lain.
Murid lelaki terbabit dalam keadaan terbaring di atas katil dilihat telah dilibas dengan tali pinggang selain dihenyak di bahagian badan beberapa kali.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

