BARISAN Nasional (BN) mengumumkan Setiausaha UMNO Bahagian Tapah, Ustaz Dr Mohamad Yusri Bakir sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.
Berita Harian melaporkan, perkara itu dinyatakan oleh Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad semasa Majlis Pelancaran Jentera dan Pengumuman Calon BN bagi PRK DUN Ayer Kuning hari ini.
Mohamad Yusri, 54, memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (Pendidikan Islam), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan kini berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh.
Majlis berkenaan turut dihadiri Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kepimpinan tertinggi BN termasuk Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Pakatan Harapan (PH).
Turut hadir Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan yang juga Ahli Parlimen Tapah; dan Setiausaha Agung, dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Hadir sama Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar; dan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Mohamad Sabu; dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Horaward Lee.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

