ISU pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur (Menara KL) tidak memihak kepada mana-mana pihak berkepentingan, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.
Beliau yang merupakan Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata notis pengosongan oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan juga bukan bentuk penindasan, sebaliknya ia langkah berasaskan undang-undang.
Beliau berkata, kes tersebut kini dalam proses perundangan di mahkamah dan semua pihak diminta memberi ruang kepada proses keadilan berjalan.
“Tindakan yang diambil adalah demi menjunjung prinsip kedaulatan undang-undang, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan negara,” katanya pada sidang media selepas melawat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Sri Skudai, Johor Bahru, hari ini.
Baca artikel lain: Isu Menara KL: Hukum rimba tak boleh dijadikan norma pentadbiran negara – Muhyiddin
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan Kerajaan MADANI melalui Kementerian Komunikasi yang mengarahkan Menara KL ditutup sementara waktu untuk memberi ruang kepada pengurusan baharu melakukan kerja-kerja penyelenggaraan serta penambahbaikan demi keselamatan dan keselesaan pengunjung.
Kementerian Komunikasi dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan bermula 1 April 2025, pengoperasian, pengurusan dan penyelenggaraan Menara KL telah diambil alih oleh syarikat LSH Service Master Sdn Bhd (LSHSM).
Menurut kenyataan itu pendudukan syarikat Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) di atas tapak Menara KL selepas 31 Mac 2025 adalah tidak sah.
Sehubungan itu Pesuruhjaya Tanah Persekutuan telah mengemukakan dua notis pengosongan kepada pihak MKLSB melalui surat bertarikh 3 dan 9 April 2025.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

