Fahmi tiba di Sandakan untuk lawatan kerja dua hari

Dari Penulis

MENTERI Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil tiba di Lapangan Terbang Sandakan hari ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari di Sabah.

Fahmi bersama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa tiba pada 1.25 tengah hari dan disambut Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah, Jainisah Mohd Noor.

Turut hadir, Ketua Pengarah JaPen, Julina Johan dan Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Arul Rajoo Durar Raj.

Hadir sama, Ketua Pegawai Sektor Hal Ehwal Negeri Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Bukhari Yahya, Pengarah MCMC Negeri Sabah Ratnawaty Talib dan Pengarah J-KOM Sabah Milus Alu.

Baca artikel lain: Ewon wakil Malaysia tandatangan buku takziah Paus Francis di Kedutaan Vatican – Fahmi

Petang ini, Fahmi dijadual menghadiri pengujian liputan telekomunikasi di kawasan pelancongan sekitar Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok dan Rainforest Discovery Centre (RDC), Sepilok.

Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok yang terletak di Hutan Simpan Sepilok-Kabili, kira-kira 24 kilometer dari bandar Sandakan, merupakan sebuah pusat pemeliharaan dan penyelidikan terhadap spesies orang utan yang kini semakin pupus.

Esok, Fahmi dijadual menghadiri Hari Bersama Komuniti: Kempen Internet Selamat@NADI Sim Sim pada sebelah pagi sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada sebelah petang.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This