Felda serah Pelan Strategik, Hala Tuju 2025-2030 kepada PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

LEMBAGA Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah menyerahkan Pelan Strategik dan Hala Tuju kumpulan itu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang telah disyorkan Perdana Menteri sebelum ini.

Jabatan Komunikasi Strategik Felda dalam kenyataan memberitahu, Pelan Strategik dan Hala Tuju Felda 2025-2030 itu menetapkan strategi utama dan pelan tindakan kumpulan itu.

Menurut Felda, ia bagi memperkukuh kedudukannya sebagai pemangkin ekonomi negara khususnya di luar bandar.

Susulan penyerahan pelan itu, Pengurusan Kumpulan Felda turut menzahirkan komitmen dan kesungguhan dalam melaksanakan setiap strategi yang digariskan demi menjayakan aspirasi masa depan Felda yang lebih berdaya saing.

Semasa berucap pada Majlis Amanat Perdana dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Felda pada 26 Mac lepas, Anwar memberikan tempoh sebulan kepada organisasi itu untuk mengemukakan pendekatan hala tuju baharunya.

Baca artikel lain: Felda diberi sebulan kemuka hala tuju baharu – PM

Menurut Anwar, langkah itu bertujuan menjamin masa hadapan yang lebih baik kepada kumpulan peneroka.

Mengulas lanjut, Jabatan Komunikasi Strategik Felda memberitahu, pelan strategik itu dirangka secara terperinci menerusi enam sesi libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan.

Katanya, ia memberi tumpuan kepada inisiatif-inisiatif strategik dalam pelbagai bidang.

“Pengurusan Kumpulan Felda komited memastikan Pelan Strategik Dan Hala Tuju ini dilaksanakan dengan penuh dedikasi, demi membentuk ekosistem yang terampil untuk semua pemegang taruhnya.

“Tanggungjawab ini memerlukan usaha berterusan dan sokongan padu daripada semua pihak bagi memastikan kesejahteraan dan kemajuan Kumpulan FELDA terus diperkukuh,” menurut kenyataan itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This