Polis siasat lori muatan batu pandu melulu hampir sebabkan kemalangan

Dari Penulis

POLIS mengesahkan satu rakaman tular sebuah lori membawa muatan batu hampir kemalangan berlaku di Jalan Labu-Gadong hari ini.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian kira-kira pukul 10.40 pagi tadi.

Katanya, kejadian berlaku ketika lori berkenaan dari Labu menghala ke Banting.

“Apabila tiba di lokasi kejadian pemandu lori berusia 30-an cuba memotong kenderaan di garisan berkembar dan hampir melanggar sebuah kereta di laluan bertentangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun kejadian tersebut tidak melibatkan sebarang kecederaan dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat kepada pihak Polis Daerah Nilai di talian 06-7904389.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

‘Tidak lekang di bibir kebergantungan mutlak kepada Allah’ – Asyraf Wajdi

SETIAUSAHA Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai pemimpin muda...

More Articles Like This