Sultan Pahang zahir hasrat tubuh Pusat Rujukan Jawi Pahang

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SULTAN Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan hasrat untuk menubuhkan Pusat Rujukan Jawi Negeri Pahang sebagai teras pendidikan, rujukan dan pemeliharaan tulisan jawi.

Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah mahu semua pihak berkaitan memberi komitmen padu dan bersepadu berkenaan hasrat tersebut.

Dalam hantaran di Facebook Kesultanan Pahang, Sultan Pahang bertitah, ia kerana tulisan jawi adalah warisan besar bangsa Melayu dan simbol peradaban Islam yang perlu dipelihara.

“Saya ingin, agar satu badan atau institusi khusus ditubuhkan di bawah Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dengan mandat melaksanakan kursus, latihan dan pentauliahan jawi secara rasmi.

“Agenda jawi ini tidak boleh dianggap sebagai sisipan atau pelengkap semata-mata, sebaliknya mesti dijadikan komponen penting dalam membina negeri yang bertamadun dan beridentiti,” titah Al-Sultan Abdullah.

Baca artikel lain: Pahang rampas 1,082 lot tanah kerana pemilik tak bayar cukai

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian ketika berkenan berangkat mencemar duli ke Mesyuarat MUIP kali ke-194 di Pekan, hari ini.

Turut berangkat Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah yang juga Timbalan Yang Dipertua MUIP.

Sementara itu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih atas titah dan saranan Al-Sultan Abdullah berhubung penubuhan Pusat Rujukan Jawi Negeri Pahang itu.

Sesungguhnya, Wan Rosdy berkata, saranan Sultan Pahang itu amat bertepatan dengan usaha memperkasa warisan bangsa dan memperkukuh jati diri umat Islam di negeri ini.

“Patik menyambut baik hasrat murni ini dan akan memberi sokongan sepenuhnya bagi merealisasikan penubuhan Pusat Rujukan Jawi Negeri Pahang.

“Semoga dengan penubuhan pusat ini, agenda memartabatkan tulisan jawi diperkasa sebagai teras pendidikan, rujukan dan pemeliharaan tulisan jawi. Daulat Tuanku,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This