PM Anwar ucap takziah kepada keluarga Setiausaha Agung IKRAM

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga Setiausaha Agung Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Shahrul Aman Mohd Saari yang meninggal dunia pagi tadi.

Menurut Perdana Menteri, Shahrul Aman telah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi di Institut Kanser Negara (IKN).

“Beliau merupakan Setiausaha Agong kepada Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), selain pernah memimpin Bersih sekitar tahun 2018.

“Mendoakan ruhnya diberi keampunan dan keluarganya diberi kekuatan setingginya saat ini,” katanya menerusi perkongsian di media sosial hari ini.

Sementara itu, IKRAM menerusi hantaran di Facebbok memaklumkan jenazah Shahrul Aman akan disolatkan selepas solat zuhur di Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang sebelum dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tambang percuma LRT3, bas pengantara sebulan mulai esok – Anwar

ORANG ramai boleh menikmati perkhidmatan percuma Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam selama sebulan bermula esok...

More Articles Like This