Rapid Bus perkenal tujuh zon baharu, sokong perkhidmatan Komuter, KLIA Transit

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

RAPID Bus Sdn Bhd selaku pengendali perkhidmatan bas Rapid KL, bas perantara MRT/LRT dan Rapid KL On-Demand memperkenalkan tujuh zon baharu bagi menyokong kesalinghubungan perkhidmatan rel lain seperti KTM Komuter dan KLIA Transit.

Rapid Bus dalam kenyataan memaklumkan, tujuh zon baharu itu akan bermula 30 April ini.

Menurut Rapid Bus, tujuh zon baharu yang akan diperkenalkan itu adalah KTM Kajang-Jalan Reko, KTM UKM-UKM, Bandar Tasik Kesuma-Bandar Rinching, KTM Bangi-Bandar Bukit Mahkota, MRT 16 Sierra-Taman D’Alpinia, LRT Putra Heights-Rimbayu/Bandar Saujana Putra dan Stesen Salak Tinggi KLIA Transit-Kota Warisan.

“Zon baharu ini merupakan kesalinghubungan pertama yang memberikan manfaat kepada pengguna KTM Komuter serta KLIA Transit khususnya dari sekitar Kajang, Bangi dan Salak Tinggi untuk menyambung perjalanan mereka ke destinasi seterusnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: Rapid Bus sedia 42 bas perantara percuma sempena Thaipusam

Sementara itu, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Ku Jamil Zakaria berkata, sambungan perjalanan bagi perkhidmatan Rapid KL On-Demand itu akan memberi kemudahan kepada mereka yang menggunakan perkhidmatan awam selain rangkaian perkhidmatan bas dan tren oleh Rapid KL.

“Ini adalah satu inisiatif bagi memberikan pengalaman penumpang dari segi perancangan perjalanan serta capaian batuan pertama dan akhir yang lebih efisien,” katanya.

Sejak perkhidmatan Rapid KL On-Demand diperkenal pada Januari 2024, 34 zon telah beroperasi di sekitar Lembah Klang dengan purata jumlah penumpang harian tertinggi mencecah 7,442 orang setakat 17 April lepas.

Perkhidmatan Rapid KL On-Demand menawarkan jaminan tempat duduk yang boleh ditempah menggunakan aplikasi Mobi, Trek Rides atau Kummute (mengikut kawasan masing-masing) dari 6 pagi hingga 11.30 malam.

“Tambang promosi RM1 terus dilanjutkan bagi memberi peluang kepada lebih ramai orang untuk menikmati perkhidmatan ini.

“Untuk maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan ini, pengguna boleh melayari media sosial rasmi Rapid KL atau laman sesawang www.myrapid.com.my,” menurut kenyataan itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This