SEBANYAK 7,648 unit kamera badan (BWC) diagihkan sepenuhnya bagi kegunaan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di lapangan di seluruh negara bulan lepas.
Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Seri Sahabudin Abd Manan berkata, penggunaan BWC diberi keutamaan kepada Unit Kereta Peronda, Unit Rondaan Bermotosikal daripada Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti serta penugasan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik secara berperingkat bermula 7 Okt tahun lepas.
“BWC ditempatkan di 157 ibu pejabat polis daerah (IPD) serta 640 balai polis di seluruh kontinjen. Bagi menampung keperluan sebenar BWC ini, PDRM akan mengemukakan permohonan penambahan sebanyak 10,000 unit lagi melalui Rolling Plan Kedua Rancangan Malaysia Ke-13 tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke IPD Besut hari ini.
Sahabudin berkata, penggunaan BWC bersesuaian dengan perkembangan teknologi dan penugasan pihak polis yang semakin mencabar.
Beliau berkata, penggunaan kamera badan itu juga dapat meningkatkan tatakelola yang baik dalam penugasan rondaan pencegahan jenayah dalam kalangan pegawai dan anggota.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

