DBKL lancar Pelan Pelaksanaan Daya Tahan Komuniti Kampung Pasir Baru, PPR Beringin

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melancarkan Pelan Pelaksanaan Daya Tahan Komuniti (CRIP) bagi Kampung Pasir Baru dan Program Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Kuala Lumpur.

DBKL dalam kenyataan memaklumkan, pelan itu merupakan sebahagian daripada Program Daya Tahan Iklim Bandar (UCRP) yang dilaksanakan hasil kerjasama strategik antara DBKL, Yayasan Z Zurich, Zurich Malaysia dan C40 Cities.

Jelas DBKL, inisiatif itu membangunkan pendekatan berpusatkan komuniti, memberi keutamaan kepada penduduk dalam membentuk penyelesaian bagi masa depan yang lebih selamat, inklusif dan bersedia menghadapi perubahan iklim.

“Kampung Pasir Baru dan PPR Beringin yang dikenal pasti sebagai antara kawasan paling terdedah terhadap risiko perubahan iklim di Kuala Lumpur, telah menjalani proses libat urus meluas melibatkan bengkel kolaboratif, penilaian risiko iklim, dan penglibatan berterusan bersama penduduk tempatan, pakar serta agensi kerajaan.

“Hasilnya, tindakan utama seperti pemasangan sistem amaran awal banjir di Kampung Pasir Baru dan program celik kewangan untuk komuniti PPR Beringin telah dikenal pasti sebagai keutamaan untuk memperkukuh daya tahan setempat,” jelas kenyataan itu.

Terdahulu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif telah merasmikan Pelancaran CRIP Kampung Pasir Baru dan PPR Beringin di Menara DBKL 1, semalam.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi DBKL, Ismadi Sakirin; Ketua Pegawai Eksekutif Zurich Malaysia, Junior Cho; Ketua Yayasan Z Zurich Gregory Renand dan Pengarah Serantau C40 Cities, Murali Ram.

Mengulas lanjut, kenyataan itu memaklumkan, DBKL akan terus memacu pelaksanaan CRIP dengan bekerjasama rapat bersama agensi berkaitan untuk mengintegrasikan strategi ini ke dalam pelan adaptasi iklim Kuala Lumpur yang sedia ada.

Jelas DBKL, CRIP akan berfungsi sebagai dokumen hidup yang sentiasa diperbaharui berdasarkan keperluan semasa komuniti, memperkukuhkan pemilikan komuniti serta penyelarasan bersama pihak berkepentingan lain.

DBKL memaklumkan, pelaksanaan CRIP juga akan menyokong Pelan Tindakan Haba pertama Kuala Lumpur dan menjadi contoh sumbangan UCRP dalam memperkasa tindakan iklim di peringkat bandaraya demi membina komuniti yang lebih berdaya tahan pada masa hadapan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This