KBS anjur perbincangan meja bulat bersama pemimpin belia pelbagai agama

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menganjurkan perbincangan meja bulat (RTD) bersama pemimpin belia pelbagai agama bagi membina jaringan dan perhubungan bersama pemimpin agama seterusnya membantu intervensi masalah sosial belia.

Menurut KBS, sesi RTD itu diadakan selepas Kajian Indeks Belia Malaysia 2023 menunjukkan belia Malaysia mempunyai tahap kerohanian yang tinggi di mana membantu di dalam menangani isu kesihatan mental.

“Dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, sesi RTD ini juga membincangkan isu-isu sosial yang semakin mencabar dalam kalangan belia Malaysia dengan mencerminkan keprihatinan kerajaan MADANI di dalam memastikan kesejahteraan belia diberikan keutamaan dan perhatian.

“Ini selaras dengan nilai-nilai MADANI iaitu kesejahteraan, keyakinan dan ihsan serta aspirasi yang terkandung di dalam Model Pembangunan Belia MADANI 2030 (MPBM 2030),” jelas KBS dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, KBS memaklumkan, RTD itu telah membincangkan mengenai isu dan langkah intervensi bagi menangani masalah sosial belia dengan tiga fokus iaitu mengiktiraf kepentingan kerjasama antara pemimpin agama dalam menangani isu sosial belia; menyerlahkan peranan pemimpin belia pelbagai agama sebagai ejen perubahan dalam komuniti masing-masing; dan menekankan kepentingan perpaduan, sikap saling menghormati dan persefahaman yang tinggi dalam membentuk masa depan belia yang harmoni.

Jelas KBS, sesi itu diselaraskan oleh KBS menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan kerjasama IYRES dan Majlis Belia Malaysia (MBM) disertai oleh pemimpin-pemimpin belia daripada pelbagai latar belakang agama serta wakil dari Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut (HARMONI) dan Jawatankuasa Harmoni MBM.

KBS menambah, perbincangan itu turut melibatkan 40 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan pelbagai agama yang terdiri daripada badan-badan belia, institusi keagamaan dan pemimpin komuniti.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tarikh penting PRN Johor, Negeri Sembilan diketahui hari ini

TARIKH-TARIKH penting dan perkara berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan akan diketahui hari ini. Ia akan diumumkan...

More Articles Like This