Malaysia, Maldives teroka potensi dalam sektor halal, pelancongan – Zafrul

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

MALAYSIA menyatakan minat memperkemaskan lagib hubungan kerjasama ekonomi dengan Maldives dalam pelbagai bidang yang memiliki potensi besar untuk diterokai.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, antara sektor yang memiliki nilai ekonomi kuat adalah seperti industri halal, yang mana Malaysia sedang menerajuinya.

Jelasnya, satu lagi adalah pelancongan, di mana seperti diketahui semua Maldives terkenal dalam tersebut yang boleh dimanfaatkan Malaysia bagi memperbaiki kelemahan sedia ada.

“Pertemuan produktif dengan Menteri Pembangunan Ekonomi dan Perdagangan Maldives, TYT Mohamed Saeed! Kami membincangkan pelbagai strategi untuk meningkatkan kerjasama ekonomi dua hala.

“Perbincangan tertumpu pada potensi besar dalam sektor-sektor seperti industri halal (di mana Malaysia menerajui), pelancongan (kekuatan Maldives) serta kewangan Islam dan farmaseutikal.

“Malaysia bersedia menjadi rakan kongsi yang lebih erat dalam pembangunan ekonomi Maldives, demi pertumbuhan yang mampan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Baca artikel lain: Purata harga minyak sawit mentah dijangka cecah RM4,200 satu tan tahun ini

Presiden Maldives, Dr Mohamed Muizzu kini dalam rangka lawatan rasmi sulung ke Malaysia bermula Ahad sehingga Rabu ini.

Wisma Putra memaklumkan, ia merupakan lawatan pertama beliau ke negara ini sejak dilantik menjadi Presiden Maldives pada 17 November 2023.

Dr Muizzu akan diiringi beberapa Menteri Kabinet termasuk Menteri Luar Negeri, Dr Abdulla Khaleel, serta pegawai kanan kerajaan Maldives.

“Beliau kemudian dijangka mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan kedua-dua pemimpin akan membincangkan pelbagai isu termasuk peluang kerjasama dalam sektor perdagangan dan pelaburan, industri halal, pendidikan, pelancongan, serta belia dan sukan.

“Mereka juga akan bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama,” kata Wisma Putra menerusi satu kenyataan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This