BERITA baik untuk semua mangsa letupan paip gas di Putra Heights, Selangor dijangka diumumkan dalam masa terdekat.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming seperti dilapor BH Online, hari ini.
Menurut Kor Ming, beliau bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan membuat pengumuman berhubung perkara berkenaan.
Beliau berkata, berita baik itu akan melibatkan pelan pemulihan yang tidak pernah dilaksanakan sebelum ini khusus buat mangsa kejadian tersebut.
Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak untuk bersabar sementara menantikan pengumuman berkenaan.
“(Berkenaan) bencana kebakaran (paip gas di) Putra Heights, di mana minggu ini kerajaan MADANI, saya bersama Menteri Besar Selangor (Amiruddin) akan membuat pengumuman yang membawa berita baik, ‘unprecedented recovery plan‘ (pelan pemulihan yang belum pernah diumumkan) untuk mangsa kebakaran di sana.
Baca artikel lain: Kebakaran Putra Heights: Lebih 150 mangsa terima bantuan bayaran sewa rumah
“Kita akan buat pengumuman pada minggu ini juga. Saya harap rakyat sabar.. sedikit masa saja lagi, nantikan berita baik yang akan disampaikan nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Rumah Belia Madani dan Rumah Mampu Milik di Mukim Batu, Kuala Lumpur hari ini.
Majlis pecah tanah itu disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kebakaran pada 1 April itu mengakibatkan 81 rumah musnah sepenuhnya dengan kerosakan struktur melebihi 40 peratus, manakala 81 rumah lagi mengalami kerosakan separa, 57 rumah terkesan tanpa terbakar, dan 218 rumah tidak terjejas, termasuk di Kampung Tengah, Puchong.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

