Inflasi Malaysia meningkat 1.8 peratus pada 2024 – DOSM

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

INFLASI Malaysia meningkat dengan kadar perlahan 1.8 peratus pada 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.8 berbanding 130.4 pada tahun sebelumnya.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kesemua kumpulan mencatatkan peningkatan pada 2024 kecuali Maklumat & Komunikasi (-1.5 peratus) dan Pakaian & Kasut (-0.3 peratus).

Jelas Mohd Uzir, peningkatan lebih rendah bagi inflasi Malaysia didorong oleh kumpulan Restoran & Perkhidmatan Penginapan (3.1 peratus); Makanan & Minuman (2.0 peratus); Kesihatan (1.8 peratus); Pendidikan (1.5 peratus); Pengangkutan (1.0 peratus) dan Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan Isi Rumah (0.7 peratus).

Manakala, menurut Mohd Uzir, kumpulan Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain (3.0 peratus); Penjagaan Diri, Perlindungan Sosial & Pelbagai Barangan & Perkhidmatan, (3.0 peratus); Rekreasi, Sukan & Kebudayaan, (1.8 peratus); Minuman Alkohol & Tembakau, (0.7 peratus) dan Insurans & Perkhidmatan Kewangan (0.3 peratus) mencatatkan peningkatan lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

“Kebanyakan negeri menunjukkan peningkatan perlahan dalam inflasi di mana empat negeri melepasi paras inflasi nasional 1.8 peratus pada 2024 iaitu Pulau Pinang (3.0 peratus), Pahang (2.4 peratus), Sarawak (2.4 peratus) dan Selangor (2.1 peratus).

“Sementara itu, Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan peningkatan yang paling rendah iaitu 0.7 peratus. Kesemua negeri mencatatkan peningkatan perlahan bagi inflasi kumpulan Makanan & Minuman pada 2024.

“Peningkatan tertinggi direkodkan oleh Selangor (3.3 peratus), diikuti oleh Pulau Pinang (2.7 peratus), Wilayah Persekutuan Putrajaya (2.4 peratus) dan Pahang (2.0 peratus). Manakala, negeri-negeri lain menunjukkan peningkatan di bawah paras inflasi kumpulan Makanan & Minuman nasional, 2.0 peratus pada 2024,” jelasnya.

Mengulas mengenai sudut inflasi kawasan bandar dan luar bandar, Mohd Uzir memaklumkan, inflasi di kawasan bandar merekodkan peningkatan perlahan 1.8 peratus berbanding 2.6 peratus yang direkodkan pada 2023.

Menurut Mohd Uzir, antara kumpulan yang menyumbang kepada peningkatan itu adalah Restoran & Perkhidmatan Penginapan, 3.2 peratus (2023: 5.9 peratus); Makanan & Minuman, 2.1 peratus (2023: 5.1 peratus) dan Kesihatan, 2.0 peratus (2023: 2.2 peratus).

Pada masa yang sama, Mohd Uzir menjelaskan, inflasi di kawasan luar bandar turut menyederhana kepada 1.7 peratus pada 2024 (2023: 2.1 peratus).

“Peningkatan ini terutamanya disebabkan oleh inflasi Makanan & Minuman, 1.7 peratus (2023: 3.6 peratus); Kesihatan, 1.0 peratus (2023:1.6 peratus) dan Pengangkutan, 0.9 peratus (2023: 1.1 peratus).

“Inflasi teras meningkat 1.8 peratus pada 2024 berbanding 3.0 peratus pada tahun sebelumnya. Antara kumpulan yang mendorong kepada peningkatan ini adalah kumpulan Restoran & Perkhidmatan Penginapan (3.1 peratus), Makanan & Minuman (3.0 peratus) dan Penjagaan Diri, Perlindungan Sosial & Pelbagai Barangan & Perkhidmatan (3.0 peratus),” jelas Mohd Uzir.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Agong titah KP SPRM laksana amanah penuh integriti

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan nasihat kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abdul Halim...

More Articles Like This