Kerangka baharu diperlukan bagi kelangsungan Liga M – Adam Adli

Dari Penulis

SEMUA pihak berkepentingan, termasuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) disarankan untuk membangunkan satu kerangka baharu bagi memastikan setiap pasukan bola sepak memiliki kestabilan serta kewangan kukuh demi membina ekosistem Liga Malaysia (Liga-M) yang lebih mampan.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata usaha itu perlu memandangkan isu tunggakan gaji dihadapi pasukan Liga Super masih berulang hingga menjejaskan peluang mereka beraksi bagi musim baharu malah ada menarik diripada saingan liga.

“Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memandang serius isu tunggakan gaji dan ia satu perkara yang amat merugikan sekiranya sebuah kelab bola sepak itu tidak mampu bersaing dalam liga dan pastinya akan mengecewakan peminat serta penyokong kelab dari negeri masing-masing.

“Kita mahu sukan bola sepak dalam negara kita mampu lahirkan lebih ramai pemain profesional dan untuk itu satu kerangka baharu seperti mencari dana, penajaan atau menambah pendapatan pasukan menerusi penjualan cenderahati perlu diwujudkan bagi memastikan setiap pasukan dapat bergerak sekali gus boleh menjamin kelangsungan dalam saingan liga bola sepak tempatan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Terlajak Raya Hang Tuah Jaya, malam tadi.

Adam Adli berkata lanjutan tempoh bagi kelab Liga Super melengkapkan dokumentasi pelesenan kelab kebangsaan 2024-2025 itu sewajarnya dijadikan ruang untuk menyelesaikan isu dihadapi agar dapat beraksi dalam Liga-M.

Baca artikel lain: KDA FC tak pernah hantar surat tarik diri Liga Super

Beliau berkata selain itu pengendali kelab dan persatuan bola sepak terlibat juga perlu berusaha mencari jalan keluar dan menyelesaikan isu tunggakan gaji yang melanda pasukan mereka.

Semalam, media melaporkan MFL melanjutkan tarikh akhir bagi kelab-kelab Liga Super untuk melengkapkan dokumentasi pelesenan kelab kebangsaan 2024-2025.

Pengerusi Jawatankuasa First Instance Body (FIB), Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif berkata keputusan dibuat susulan beberapa permohonan rasmi daripada kelab berhubung tempoh tambahan untuk memuat naik dokumen dalam sistem Konfederasi Bolasepak Asia (AFC CLAS).

Media turut melaporkan beberapa gergasi bola sepak negara seperti Perak, Kedah dan Pahang mengambil keputusan untuk menarik diri dari saingan Liga Super 2025/2026 manakala nasib Kedah Darul Aman FC dan Kelantan Darul Naim FC bergantung kepada keputusan pelesenan kelab selepas bergelut dengan isu tunggakan gaji.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This