Masih belum ada rundingan agihan kerusi PH-BN hadapi PRN – PKR Sabah

Dari Penulis

MASIH belum ada rundingan diadakan berhubung agihan kerusi antara Pakatan Harapan (BN) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN-17), tidak lama lagi.

Justeru, Ketua Penerangan PKR Sabah, Razeef Rakimin mempersoalkan tindakan pemimpin UMNO Sabah yang telah secara terbuka mengumumkan agihan kerusi antara kedua-dua gabungan tersebut.

Menurut beliau, memang ada pertemuan tidak rasmi antara PH dan BN untuk menjalinkan kerjasama dalam PRN-17.

Bagaimanapun, Razeef memaklumkan, pertemuan itu tidak membincangkan tentang agihan kerusi.

Razeef turut memberitahu telah mendapat pengesahan daripada semua pimpinan PH Sabah bahawa masih belum ada rundingan dibuat sama ada mengenai kerjasama politik atau agihan kerusi.

“Di peringkat Keadilan Sabah, pertemuan tidak rasmi (BN-PH) telah dibuat namun tidak ada sebarang perbincangan dibuat setakat ini di antara PH dan BN mengenai bilangan agihan kerusi.

“PH belum bertemu secara rasmi sama ada dengan BN mahupun Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi membincangkan isu kerjasama pilihan raya apatah lagi agihan kerusi.

Baca artikel lain: UMNO sah bekerjasama dengan PH hadapi PRN Sabah

“Kami tidak tahu dari mana Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir mendapat angka 40 kerusi untuk BN itu dan kita tidak tahu dengan siapa beliau berbincang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, Razeef yang juga Timbalan Ketua Penerangan PKR Pusat meminta UMNO Sabah menasihati pimpinan supaya tidak mengeluarkan kenyataan secara unilateral.

“Sebaiknya perundingan dibuat dahulu sebelum sebarang kenyataan dibuat.

“PKR dan PH Sabah terbuka untuk bekerjasama dengan semua pihak yang mempunyai aspirasi sama untuk negeri Sabah, namun biarlah perkara ini dibincangkan dalam pertemuan rasmi,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan BN Sabah akan bertanding di 40 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN-17 tahun ini.

Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir dilaporkan berkata, baki 33 lagi kerusi akan diberikan kepada PH.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Jaslinda ditemui selamat berhampiran Pos Musoh

MISTERI pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu akhirnya...

More Articles Like This