POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima lelaki termasuk empat warga Indonesi kerana disyaki menceroboh Hutan Simpan Batu Talam di Mukim Tras, Raub semalam.
Ketua Polis Daerah Raub, Supt Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam kira-kira 5 petang sebelum sepasukan polis ke lokasi terbabit.
Beliau berkata, semasa di kawasan berkenaan, polis telah terserempak dengan seorang lelaki tempatan yang memandu sebuah kenderaan pacuan empat roda dan seorang lelaki warga Indonesia menunggang motosikal.
“Pemeriksaan lanjut di kawasan sekitar menemukan sebuah rumah kongsi didiami tiga warga Indonesia.
“Justeru, polis menahan kesemua lima lelaki berkenaan yang berusia antara 40 dan 65 tahun serta menghubungi Pejabat Hutan Daerah Raub untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Shahril berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 88 (1) Akta Perhutanan Negara 1984.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

