Tiada isu Rafizi bercuti lama – PM Anwar

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiada isu berbangkit berhubung Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli yang dilaporkan sedang bercuti dalam suatu tempoh yang lama.

Menyifatkan permohonan cuti sebagai perkara biasa bagi seorang pekerja, Anwar berkata beliau juga sedang mencari masa sesuai untuk mengambil cuti.

“Beberapa hari sahaja cuti, bagilah… tak ada isu pun. Saya pun nak cari beberapa hari nak cuti,” kata beliau kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Saujana Putra.

Anwar berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan menyatakan Rafizi yang juga Timbalan Presiden PKR bercuti sehingga 31 Mei ini, kerana tidak berpuas hati terhadap perjalanan pemilihan parti itu.

Perdana Menteri turut membayangkan yang beliau mungkin ingin mengambil cuti selepas Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang dijadualkan berlangsung pada 26 dan 27 Mei.

“Saya pun belum ambil cuti, selepas sidang kemuncak ini boleh tak beri saya beberapa hari cuti,” kata beliau.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This