PRU2025 Singapura: Lebih 2.75 juta pengundi tentukan hala tuju baharu negara

Dari Penulis

SEBANYAK 11 parti politik dan dua calon Bebas yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Singapura (PRU2025) akan mengetahui nasib mereka pada Sabtu malam, selepas sembilan hari berkempen dan hampir lima tahun persiapan sejak pilihan raya lepas.

Kini, lebih 2.75 juta pengundi akan menentukan sama ada Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah akan sekali lagi memperoleh majoriti besar, atau jika parti pembangkang berjaya mencatat kejayaan lebih besar tahun ini.

Kempen pilihan raya berakhir pada tengah malam, memberi ruang kepada pengundi untuk menilai sebelum menentukan siapa yang layak menerima undi mereka.

Penganalisis politik Mujibu Abd Muis berkata faktor penentu utama dalam pilihan raya kali ini adalah keadaan ekonomi, undi golongan muda, serta respons parti terhadap skandal dan isu negara yang mendesak, ketika Lawrence Wong memimpin PAP buat kali pertama sebagai ketua parti.

Beliau berkata pengundi muda khususnya kini lebih kritikal dan lantang dalam meluahkan rasa tidak puas hati mereka.

Mujibu turut menyatakan bahawa pengendalian isu-isu berkaitan kaum minoriti juga boleh mempengaruhi sentimen dalam kalangan pengundi minoriti.

Baca artikel lain: Johari dilantik sebagai Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif UDA berkuat kuasa hari ini

“Secara umum saya masih lagi melihat PAP ada peluang besar untuk kekal memerintah bagi penggal seterusnya tapi mungkin akan berlaku perubahan margin undi kerana kita sudah melihat trend ini berlaku pada PRU yang lepas,” katanya kepada Bernama.

Pada PRU2020, PAP memenangi 83 daripada 93 kerusi dengan memperoleh 61.2 peratus undi keseluruhan, berbanding PRU2015 yang menyaksikan parti itu meraih 83 daripada 89 kerusi dengan 69.9 peratus undi.

Mujibu menjelaskan bahawa, seperti yang dilihat di negara lain, sesebuah parti yang paling lama memegang kuasa boleh dianggap sebagai elitis dan sukar membawakan naratif baharu, terutamanya kepada pengundi muda.

Namun, beliau menambah bahawa pengalaman luas Wong dalam menguruskan ekonomi serta imejnya sebagai pemimpin bebas yang tidak terikat dengan legasi keluarga Lee boleh menawarkan kelebihan kepada PAP semasa peralihan generasi kepimpinan itu.

“Secara peribadi imej PM Lawrence Wong ini saya lihat sebagai pemimpin yang lebih progresif dan moden dan yang paling penting, saya lihat mungkin ada faktor bahawa dia ‘lari’ daripada legasi keluarga Lee,” katanya.

Jen, seorang pengundi di Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Ang Mo Kio, berkata beliau mengambil kira faktor calon dan parti semasa mengundi, kerana “manifesto boleh berubah pada bila-bila masa.”

“Perkara utama ialah memilih individu yang berkualiti untuk membentuk kerajaan. Kita tidak boleh mengharapkan kerajaan selesaikan semua perkara untuk kita. Kita sendiri perlu bertanggungjawab terhadap isu lain juga,” katanya.

PAP memasuki hari pengundian dengan lima kerusi telah dimenangi tanpa bertanding di kawasan Marine Parade-Braddell Heights, meninggalkan 92 kerusi lagi untuk direbut.

Keputusan PRU2025 akan menjadi detik penting bagi Singapura dalam peralihan kepimpinan generasi baharu.

Ketika rakyat Singapura keluar mengundi, tumpuan kini terarah kepada sama ada kesinambungan atau perubahan akan menentukan babak politik negara seterusnya di tengah-tengah ketidaktentuan global.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This