Johari dilantik sebagai Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif UDA berkuat kuasa hari ini

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

UDA Holdings Berhad (UDA) mengumumkan pelantikan Johari Shukri Jamil sebagai Presiden/Ketua Pegawai Eksekutifnya berkuat kuasa, hari ini.

UDA dalam kenyataan memaklumkan, Johari memiliki pengalaman melebihi 28 tahun dalam sektor korporat dan kepimpinan merangkumi hartanah dan pembinaan, pelaburan hartanah, pembangunan perindustrian, logistik, minyak dan gas serta kejuruteraan.

Sehubungan itu, UDA berharap pencapaian beliau dalam perubahan transformasi dan penciptaan nilai akan menjadi tunjang utama mengemudi fasa pertumbuhan syarikat berkenaan.

Pada masa sama, Pengerusi UDA, Tan Sri Mohd Annuar Zaini mewakili barisan Ahli Lembaga Pengarah mengalu- alukan pelantikan Johari serta mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang telah memberikan persetujuan kepada lantikan ini.

Baca artikel lain: Sarawak lancar Pelan Tindakan Kelestarian Alam Sekitar 2030 pada Mei

“Kami memandang ke hadapan untuk bekerja bersama beliau dalam usaha memacu pertumbuhan seterusnya memperkukuhkan UDA.

“Johari diharapkan berupaya menyuntik idea dan pembaharuan menerusi dimensi, kaedah dan pendekatan baharu selain mengutamakan objektif asal penubuhan UDA untuk memenuhi agenda pembangunan sosial dan ekonomi Bumiputera,” katanya, hari ini.

Sebelum menyertai UDA, Johari pernah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Kumpulan PASDEC Holdings Berhad dan Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Hektar Asset Management Sdn. Bhd. iaitu pengurus aset Hektar Real Estate Investment Trust (Hektar REIT).

Beliau berjaya memacu Hektar REIT melalui fasa pemulihan pasca pandemik, menerajui agenda pertumbuhan dan kepelbagaian sekali gus memulihkan keuntungan syarikat tersebut.

Beliau juga telah diiktiraf sebagai Malaysia Top Achiever 2023 bagi CEO of The Year, Leadership Excellence In REIT Management anjuran The Leaders Online.

Antara jawatan lain yang pernah disandang oleh Johari termasuk Naib Presiden Eksekutif, Pembangunan Perniagaan dan Pejabat Transformasi di Iskandar Investment Berhad, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan EA Technique (M) Berhad, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Tanjung Langsat Port Sdn. Bhd., serta pelbagai jawatan kanan dalam beberapa syarikat Johor Corporation.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This