3 maut, kereta terbabas langgar pembahagi jalan

Dari Penulis

TIGA lelaki maut selepas kereta Toyota Vios dinaiki terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban (BESRAYA) menghala ke tol Sungai Besi, berhampiran susur keluar Balakong, pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 5.57 pagi sebelum 10 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besi dan BBP Bukit Jalil bergegas ke tempat kejadian.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Shahrum Din berkata tiga mangsa yang tersepit di dalam kenderaan itu berusia lingkungan 30-an dan mengalami kecederaan parah.

Baca artikel lain: Johari dilantik sebagai Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif UDA berkuat kuasa hari ini

“Bomba mengambil masa satu jam untuk mengeluarkan kesemua mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jaslinda ditemui selamat berhampiran Pos Musoh

MISTERI pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu akhirnya...

More Articles Like This