Isu Petronas-Petros: PM minta semua pihak tangguh tindakan, keluar kenyataan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua pihak untuk menangguhkan sebarang tindakan atau mengeluarkan sebarang kenyataan atas dasar kepentingan bersama berhubung isu antara Petronas serta kerajaan Sarawak menerusi Petros dalam sektor minyak dan gas.

Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri memaklumkan beliau telah bercakap dengan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg, semalam.

Katanya, perbincangan itu menjurus kepada urusan Petronas-Petros berdasarkan prinsip yang telah disepakati sebelum ini.

“Sekembalinya Premier dari lawatan rasmi ke London, United Kingdom (UK) kelak, kami akan segera mengadakan perbincangan lanjut untuk memuktamadkannya.

“Saya mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa isu ini dapat dirungkai dengan berhemah dengan berdiri teguh di jalur wacana yang sihat dan bermakna, Insya-Allah,” katanya dalam hantaran tersebut.

Pertikaian berhubung isu itu semakin memuncak apabila Petronas semalam mengakui menerima notis undang-undang daripada kerajaan Sarawak memaklumkan anak syarikatnya, Petronas Carigali, beroperasi secara haram di Sarawak dan melanggar Seksyen 7(e) Ordinan Pengagihan Gas Sarawak 2016.

Baca artikel lain: Kerajaan akan terus sokong anak seni tempatan hasil karya terbaik – PM

Petronas Carigali diberi tempoh 21 hari untuk mendapatkan lesen yang diperlukan yang mana jika gagal yang boleh membawa kepada penalti kewangan di bawah Seksyen 21A ordinan itu.

Isnin lalu, Petronas gagal mendapatkan injunksi di Mahkamah Tinggi Kuching untuk menghentikan saman yang difailkan syarikat petroleum Sarawak, Petros untuk menghalang mahkamah daripada mendengar saman berkenaan pembayaran gas.

Sementara itu, Abang Johari dilaporkan berkata, penyelesaian berhubung isu tersebut adalah berteraskan pendekatan menang-menang bagi kedua-dua pihak.

Memetik laporan BH Online, beliau menegaskan penyelesaian itu akan diasaskan kepada keikhlasan bahawa hasil minyak dan gas negara perlu dikongsi secara adil.

“Dalam isu minyak dan gas ini, (memang) adalah kita bermain ‘bola’ sikit-sikit dengan PETRONAS dan ketika ini, saya pasti anda sudah mengikuti perkembangan semasa berkaitan isu ini.

“Namun, kita akan menyelesaikan perkara ini, malah Perdana Menteri sudah menghubungi saya pagi tadi (Sabtu waktu London) dan kami mencapai komitmen bersama untuk menyelesaikannya,” katanya dalam laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), hari ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mayat lelaki ditemukan terapung bawah jambatan di Kemaman

MAYAT seorang lelaki warga tempatan ditemukan terapung di bawah Jambatan Seberang Tayor, Kemaman, petang semalam. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan...

More Articles Like This