Amaran penipuan: Jangan percaya pautan kerajaan tanpa “gov.my” – Teo

Dari Penulis

TIMBALAN Menteri Komunikasi Teo Nie Ching menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya kepada mana-mana pautan yang mendakwa sebagai laman web kerajaan kecuali alamatnya berakhir dengan “.gov.my.”

“Scammer (sindiket penipuan) sedang menyebarkan pautan palsu yang kononnya membolehkan anda menyemak status STR (Sumbangan Tunai Rahmah) menerusi laman web meragukan yang dihantar melalui WhatsApp dan platform media sosial lain.

“Ini satu penipuan!,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Baca artikel lain: Dewan Rakyat rakam takziah pemergian Tun Abdullah

Pada 19 April lepas, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil turut mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dan tidak mudah terperdaya dengan mesej palsu berkaitan bantuan STR yang tersebar menerusi WhatsApp.

Fahmi berkata mesej mengandungi pautan tidak sahih itu berpotensi digunakan oleh pengendali pelaburan dalam talian yang tidak wujud atau scammer untuk mencuri akses ke aplikasi WhatsApp milik pengguna.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Abdul Hadi umum beberapa perkara penting esok, Pas buat keputusan Rabu

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang akan mengumumkan beberapa perkara penting ketika merasmikan Konvensyen RESET Malaysia yang akan...

More Articles Like This