SEORANG lelaki ditemukan lemas manakala rakannya terselamat selepas terjatuh dari dermaga bersama motosikal di Institut Latihan Pengangkutan Laut, Pulau Indah, Pelabuhan Klang.
Video penuh kejadian: https://t.me/infoutusantv/10277
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, mangsa berusia 29 tahun dipercayai tergelincir bersama rakannya berumur 30-an.
“Panggilan kecemasan diterima pada pukul 10.53 malam Sabtu lalu dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pulau Indah serta Pelabuhan Klang telah dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Seorang mangsa berjaya diselamatkan orang awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahmad Mukhlis berkata, selepas dua hari operasi mencari dan menyelamat dijalankan, mayat mangsa ditemukan oleh anggota Pasukan Penyelamat di Air pukul 8.17 pagi tadi.”
Mangsa ditemukan kira-kira 200 meter dari tempat kejadian. Mayat telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” tambahnya.

