Malaysia tolak dakwaan kenakan tarif 47 peratus ke atas import AS – PM

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KERAJAAN menolak dakwaan Amerika Syarikat (AS) bahawa Kuala Lumpur mengenakan tarif sebanyak 47 peratus ke atas import negara itu ke Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengiraan AS berdasarkan nisbah mudah defisit dagangannya dengan Malaysia ketimbang jumlah import AS daripada Malaysia pada tahun 2024.

“Dakwaan ini digunakan sebagai asas untuk mengenakan tarif timbal balas 24 peratus ke atas Malaysia iaitu pengurangan 50 peratus ke atas tarif 47 peratus yang dikatakan dikenakan oleh Malaysia ke atas import dari AS.

“Pengiraan ini tidak mencerminkan tahap tarif sebenar dan tidak berlandaskan teori ekonomi yang kukuh.

“Hakikatnya secara purata, tarif dikenakan ke atas import barangan AS ke Malaysia hanyalah pada kadar 5.6 peratus dan ini diakui Pejabat Perwakilan Perdagangan AS,” katanya.

Baca artikel lain: Maguire bakal beraksi di Bukt Jalil, 28 Mei ini

Beliau berkata demikian dalam Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang membincangkan Persediaan Kerajaan Mengenai Dampak Pengumuman Pentadbiran Amerika Syarikat Berkenaan Tarif Timbal Balik Import Terhadap Malaysia, hari ini

Perdana Menteri menambah, sebagai salah satu rakan dagang terbesar, sudah tentu keputusan AS memberi dampak yang ketara kepada prestasi eksport Malaysia lantas menjejaskan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Sehubungan itu, tegas beliau, kerajaan pimpinannya mengambil serius tindakan pengenaan tarif timbal balas oleh AS ini.

“Mengambil kira kepentingan AS sebagai destinasi eksport dan sumber pelaburan asing terbesar Malaysia, kerajaan berpendirian bahawa sebarang cabaran terhadap hubungan perdagangan perlu ditangani secara pragmatik.

“Di samping mengekalkan hubungan baik dengan semua rakan dagang Malaysia,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Korban bot karam selesai dikebumi, polis buru dalang penyeludupan migran

KESEMUA 27 jenazah warga Myanmar etnik Rohingya yang ditemukan dalam tragedi bot karam di perairan Langkawi selamat dikebumikan...

More Articles Like This