MPP nasihat ahli terima keputusan pemilihan PKR 2025 secara terbuka – Fahmi

Dari Penulis

MAJLIS Pimpinan Pusat (MPP) PKR menasihati semua ahlinya agar menerima secara terbuka keputusan pemilihan parti itu tahun ini, kata Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil.

Menteri Komunikasi itu berkata perkara tersebut dipersetujui semua pihak dalam mesyuarat MPP semalam.

“MPP telah memutuskan bahawa kita move on, kita move forward dan ia telah dipersetujui oleh semua pihak.

“Ini adalah waktu di mana seluruh saf kepimpinan dan juga anggota akan dapat mengumpul balik seluruh kekuatan tidak kira siapa yang menang ataupun kalah,” katanya pada sidang media selepas melancarkan TV5 Free-to-Air Digital Movie Channel di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata, semua ahli parti perlu memastikan usaha dan agenda Kerajaan MADANI dapat dilaksanakan dengan baik sehingga tamat penggal.

Ditanya perkara yang meyakinkan ahli untuk menerima keputusan itu, Fahmi berkata hasil audit dalaman dan luaran menunjukkan sistem e-pengundian menggunakan sistem blockchain tidak menyaksikan sebarang bukti pencerobohan, manipulasi data ataupun defect pada sistem.

“Integriti sistem adalah dalam keadaan baik, tidak ada apa-apa bukti gangguan daripada pihak kedua atau ketiga. Apa yang diinput itulah yang dioutput. Jadi ini yang disampaikan semalam,” katanya.

Baca artikel lain: ‘Rafizi hadir mesyuarat MPP PKR semalam’, kata Anwar

Mengulas mengenai kehadiran Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Rafizi Ramli pada mesyuarat MPP semalam, Fahmi berkata Ahli Parlimen Pandan itu hadir dalam keadaan yang baik untuk mendapatkan maklum balas mengenai hasil kajian audit Pemilihan PKR 2025.

“Kehadiran beliau adalah bagi mendapatkan maklum balas hasil kajian audit yang telah dilaksana oleh juruaudit luar terhadap sistem.

“Seperti Setiausaha Agung PKR (Dr Fuziah Salleh) nyatakan, tidak ada apa-apa masalah dengan sistem dan selepas habis mesyuarat itu, beliau (Rafizi) beredar dari tempat mesyuarat yang diadakan,” katanya.

Terdahulu, Fuziah dalam kenyataan memaklumkan keputusan Pemilihan PKR 2025 bagi semua 220 Cabang di seluruh negara yang selesai baru-baru ini telah disahkan dan dimuktamad oleh MPP.

Beliau berkata MPP berpuas hati dengan pembentangan Jawatankuasa Pemilihan Parti dan juruaudit digital antarabangsa mengenai keputusan peringkat Ahli Jawatankuasa, Wanita serta Angkatan Muda Keadilan di kesemua Cabang.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Proton S70, pembiayaan fleksibel pacu transformasi industri teksi negara – Loke

KERAJAAN memperkenalkan pendekatan baharu bagi mentransformasikan industri teksi negara menerusi penggunaan Proton S70 sebagai teksi generasi baharu, penyediaan pakej...

More Articles Like This