Pelantikan 3 ahli baharu JKMR kukuh keyakinan tingkat integriti, tadbir urus – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PELANTIKAN tiga ahli baharu bagi menganggotai Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) diharap dapat memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap usaha kerajaan mempertingkat integriti dan tadbir urus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam sistem pentadbiran negara.

Menurut beliau, JKMR berperanan penting dalam menasihati Perdana Menteri mengenai pelbagai aspek berkaitan isu rasuah serta meneliti Laporan Tahunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Selain itu, JKMR juga dikehendaki memeriksa ulasan oleh Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) tentang perjalanan oleh suruhanjaya ini akan fungsi di bawah Akta SPRM 2009.

“JKMR juga perlu mendapatkan penjelasan mengenai Laporan Tahunan SPRM serta ulasan LPPR,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Baca artikel lain: Pelajar universiti perlu segera sesuaikan diri perubahan global pantas – PM

Terdahulu, Anwar menyampaikan surat cara pelantikan kepada Ahli Dewan Negara, Senator Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan Senator Datuk Seri Profesor Emeritus Dr Awang Sariyan serta Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah.

Pelantikan itu adalah bagi tempoh tiga tahun dan berkuat kuasa pada 25 April lepas.

Penyampaian surat cara pelantikan itu turut disaksikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki di Bangunan Parlimen.

Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah telah dilantik semula sebagai Pengerusi JKMR.

Perkhidmatan tiga lagi ahli sedia ada iaitu Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohd Shafizan Kepli; Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman dan Ahli Parlimen Tawau, Lo Su Fui akan berakhir pada 14 September 2026.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This