‘Rafizi hadir mesyuarat MPP PKR semalam’, kata Anwar

Dari Penulis

DI sebalik spekulasi menyuarakan hasrat meletakkan jawatan dan mengambil cuti buat seketika, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli dilaporkan tetap menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu semalam.

Perkembangan itu disahkan Perdana Menteri yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti dilapor BH Online, hari ini.

Menurut Anwar, Rafizi hadir pada mesyuarat MPP itu yang membincangkan keputusan pemilihan PKR pada peringkat Cabang.

“Semalam hadir…kita bincang keputusan… (semuanya) baik Alhamdulillah,” katanya selepas program Temu Anwar di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), hari ini.

Sebelum ini, Rafizi dilaporkan mengambil cuti, sekali gus mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan akar umbi PKR terutama menjelang proses pencalonan bagi Pemilihan Keadilan 2025.

Perdana Menteri sebelum ini bagaimanapun menegaskan tindakan Ahli Parlimen Pandan itu mengambil cuti, tidak perlu dijadikan isu.

Baca artikel lain: Rafizi mahu lepaskan jawatan dalam PKR?

Media turut melaporkan Rafizi telah menyuarakan hasrat untuk berundur daripada jawatan Timbalan Presiden PKR dalam satu mesyuarat bersama penyokongnya.

Bagaimanapun, sumber menolak dakwaan kononnya Menteri Ekonomi itu telah mengosongkan pejabatnya.

Memetik laporan Sin Chew Daily, penyokong setianya memaklumkan bahawa tindakan Rafizi itu berkait rasa tidak puas hati beliau terhadap sistem pemilihan parti yang dianggap tidak adil.

Dalam laporan sama, sumber lain memberitahu bahawa hala tuju Rafizi akan lebih jelas sekitar awal Mei selepas sebuah syarikat audit luar negara mengaudit sistem pemilihan PKR dan mengemukakan laporan.

Sebelum ini, beberapa cabang PKR telah mengadakan pemilihan semula yang menyaksikan perubahan keputusan iaitu Selayang di Selangor, Jempol di Negeri Sembilan dan Pasir Salak di Perak.

Tarikh pencalonan untuk MPP PKR juga telah dijadualkan semula daripada 3 dan 4 Mei kepada 8 dan 9 Mei.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This