PKR Melaka sokong Nurul Izzah tanding Timbalan Presiden

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PKR Melaka menyatakan sokongan terbuka dan keyakinan penuh kepada Naib Presiden parti itu, Nurul Izzah Anwar untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti itu 24 Mei ini.

Sokongan itu dinyatakan lima Ketua Cabang PKR Melaka termasuk Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang juga Ketua Cabang Hang Tuah Jaya.

Selain Shamsul Iskandar, empat lagi ketua cabang adalah Mohd Khuzaire Mohd Kamal Kannan (Alor Gajah); Azlan Osman (Tangga Batu); R Jagatheason (Jasin) dan Md Yusoff Ahmad (Kota Melaka).

Kelima-lima ketua cabang PKR Melaka itu dalam kenyataan memaklumkan, Nurul Izzah bukan nama asing dalam gerakan reformasi dan perjuangan PKR.

Menurut mereka, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu telah menunjukkan keteguhan prinsip, keberanian bersuara serta komitmen tanpa lelah dalam memperjuangkan agenda keadilan sosial, hak asasi manusia dan reformasi institusi.

Kenyataan itu menyebutkan, pencalonan Nurul Izzah bukan disebabkan soal personaliti semata-mata atau pertimbangan warisan tetapi soal masa depan PKR sebagai sebuah parti politik progresif yang kekal diyakini rakyat.

Katanya, pengalaman sebagai Naib Presiden PKR, ahli Parlimen selama dua penggal dan aktivis masyarakat sehingga disenaraikan antara 30 individu berpengaruh dalam Projek Syndicate Forward Thinkers List memberi kekuatan dan kredibiliti untuk memainkan peranan lebih besar dalam kepimpinan parti.

“Dalam dunia politik yang dinamik, kita memerlukan pemimpin yang menjadi jambatan antara generasi pengasas dan generasi baharu – seorang pemimpin yang membawa nilai kesederhanaan, berprinsip, progresif dan berwawasan.

Baca artikel lain: Rafizi dinasihatkan serah jawatan Timbalan Presiden PKR kepada Saifuddin

“Kami yakin Nurul Izzah mempunyai segala ciri kepimpinan tersebut. Beliau mampu menyuntuk nafas baharu dalam Keadilan, memperkukuh sinergi bersama rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan dan terus membawa obor perjuangan ke arah sebuah negara yang lebih adil, stabil dan inklusif,” katanya dalam kenyataan itu.

Sebelum ini, Nurul Izzah mengumumkan akan bertanding jawatan naib presiden pada pemilihan PKR yang akan berlangsung 24 Mei ini.

Persaingan bagi jawatan timbalan presiden kini menjadi tumpuan, terutama selepas timbul spekulasi mengenai kedudukan penyandangnya, Datuk Seri Rafizi Ramli untuk mempertahankan jawatan itu, berikutan beberapa nama besar yang dikatakan berada dalam kem beliau tewas pada pemilihan Cabang, baru-baru ini

Hari ini, Ketua Cabang Titiwangsa, Syed Badli Shah Syed Osman mencadangkan Rafizi memberi laluan mudah kepada bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail untuk mengambil alih jawatan itu.

Saifuddin Nasution masih belum mengumumkan sama ada beliau akan bertanding, selepas tewas kepada Rafizi pada pemilihan PKR 2022.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This