Sidang Kemuncak ASEAN: Penjawat awam terkesan trafik disaran mohon bekerja dari rumah

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENJAWAT awam yang dijangka terkesan disebabkan kesesakan trafik sempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN, hujung bulan ini disarankan untuk memohon pelaksanaan bekerja dari rumah (BDR).

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan memaklumkan, langkah itu merupakan antara inisiatif Kerajaan MADANI dalam mengutamakan tadbir urus berdaya tahan dan prihatin.

Menurut JPA, ia juga selaras dengan nilai-nilai teras MADANI seperti kesejahteraan, ihsan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam.

“Pegawai awam yang layak disaran berhubung dengan ketua jabatan masing-masing untuk pertimbangan sewajarnya.

“Pelaksanaan dasar ini hendaklah berpandukan tatacara dan syarat yang telah digariskan dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: Perdana Menteri tinjau persiapan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46

Mengulas lanjut, JPA memberitahu pelaksanaan bekerja dari rumah itu juga seiring komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh kesejahteraan rakyat dan kelangsungan perkhidmatan awam.

Katanya, dasar bekerja dari rumah itu akan terus dilaksanakan secara fleksibel tertakluk kepada peraturan yang sedang berkuat kuasa.

“Dasar ini yang diperuntukkan melalui MyPPSM, Ceraian SR. 4.1.2 bertujuan mewujudkan keseimbangan antara keperluan agensi dalam memastikan kesinambungan tugas dan keperluan pegawai dari segi kesejahteraan serta keharmonian kerja-kehidupan.

“Selaras dengan pendekatan ini, ketua jabatan diberi kuasa untuk mempertimbangkan permohonan bekerja dari rumah bagi pegawai yang mungkin terkesan dengan kesesakan trafik sempena pelaksanaan Sidang Kemuncak ASEAN yang dijadual berlangsung hujung bulan ini,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Urusan hutang punca pergaduhan tular di Jinjang Utara, 13 individu ditahan polis

PERTIKAIAN melibatkan urusan hutang dipercayai menjadi punca pergaduhan di Jinjang Utara, Kuala Lumpur, kelmarin dengan video kejadian itu turut...

More Articles Like This