Timbalan Presiden PKR: Nurul Izzah hormati pandangan akar umbi, akan buat keputusan terbaik

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

NAIB Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar akan membuat keputusan terbaik susulan cadangan pelbagai pihak supaya beliau bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti itu, hujung bulan ini.

Dalam hantaran di Facebook, Nurul Izzah berkata, beliau akan memberi keputusan terbaik mengimbangkan antara kesepakatan, jalinan dengan persahabatan dan perubahan serta reformasi bermakna buat semua anggota PKR.

Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut menghormati dan menghargai pandangan akar umbi untuk bertanding bagi jawatan nombor dua parti itu.

“Keadilan sedang berada dalam fasa penting. Justeru, segala keputusan yang bakal diambil haruslah mempertimbang bukan sahaja keperluan menyatu dan memperkukuh jalinan sesama sahabat perjuangan tetapi juga keperluan membawa nafas baharu dan perubahan bermakna demi memastikan parti ini terus relevan dan diyakini rakyat Malaysia.

“Kita beri kata putus bukan untuk mana-mana individu tetapi demi usaha membina masa depan Keadilan secara bersama di kala suka dan duka. Insya-Allah,” katanya dalam hantaran tersebut.

Baca artikel lain: Adam Adli ikut sokong Nurul Izzah sebagai Timbalan Presiden PKR

Pencalonan bagi merebut jawatan Timbalan Presiden serta jawatan peringkat pusat lain akan mula dibuka esok sehingga Jumaat ini, secara dalam talian.

Pengundian Pemilihan Peringkat Pusat dan Perasmian Kongres Nasional PKR 2024/2025 pula akan diadakan pada 23 Mei (Jumaat) manakala Kongres Nasional PKR 2024/2025 pada 24 Mei (Sabtu).

Sejak semalam, pimpinan PKR peringkat cabang, negeri serta pusat menyatakan sokongannya supaya Nurul Izzah mencalonkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Selain Nurul Izzah, nama bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail turut ‘diangkat’ bagi mencabar penyandang, Datuk Seri Rafizi Ramli.

Rafizi pula masih tidak memberi kata putus sama ada akan mempertahankan jawatan itu di sebalik spekulasi bahawa beliau mahu melepaskannya ekoran kekalahan beberapa pemimpin yang berada dalam ‘kem’ Menteri Ekonomi itu di peringkat Cabang.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan kekal iktiraf kedudukan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

KERAJAAN Persekutuan kekal mengiktiraf kedudukan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah. Mengulas mengenai perkembangan...

More Articles Like This