Visi Bandar CHASE akan dibawa ke pentas dunia – Dr Zaliha

Dari Penulis

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa akan membawa visi Bandar CHASE sebagai tonggak reformasi bandar di Wilayah Persekutuan ke pentas dunia.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Dr Zaliha memaklumkan beliau berada di Itali bagi memenuhi jemputan ke Forum Ekonomi Dunia melalui Davos Baukultur Alliance serta di Milan bagi mengikuti Dialog Inovasi Strategik selain mengadakan lawatan ke beberapa tempat ikonik seperti Bosco Verticale dan Navigli District.

“Kemudian saya akan ke Venice bagi mengikuti 19th International Venice Biennale dan dijadualkan menyampaikan ucapan pembukaan dan juga dalam masa yang sama, saya akan menjadi panel dalam Collective Baukultur Public Panel.

Baca artikel lain: Tangguh pencalonan MPP PKR tiada kaitan dengan cuti Rafizi – Dr Zaliha

“Di pentas ini, saya akan membawa visi Bandar CHASE sebagai tonggak reformasi bandar di Wilayah Persekutuan,” katanya.

Beliau turut dijadualkan bertemu Kaunselor Persekutuan Baume-Schneider, Ketua Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri Persekutuan, Switzerland bagi membincangkan beberapa isu bersama khususnya terkait dimensi sosial, kesan perubahan iklim dan pemeliharaan warisan budaya binaan dalam pembangunan bandar.

Pada 1 Jan lepas, Dr Zaliha memaklumkan Bandar CHASE adalah visi beliau ke arah menjadikan ketiga-tiga Wilayah Persekutuan sebagai bandar yang bersih, sihat, maju, selamat dan mesra alam.

–BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This