PKR membuat keputusan menyelaraskan semula tarikh pelaksanaan Kongres Nasional parti itu termasuk Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Kongres Wanita iaitu pada 21 hingga 24 Mei depan.
Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh dalam kenyataan memaklumkan, penyelarasan semula tarikh itu berikutan Presiden parti itu yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menunaikan urusan rasmi negara.
Menurut beliau, Anwar perlu menyambut ketua negara ASEAN yang dijangka tiba di Malaysia pada 25 Mei ini.
“PKR menzahirkan penghargaan di atas kefahaman dan sokongan semua pihak terhadap penyelarasan ini demi kelancaran penganjuran kongres parti yang amat penting ini,” katanya dalam kenyataan.
Baca artikel lain: PKR Pahang turut sokong pencalonan Nurul Izzah sebagai Timbalan Presiden
Menurut kenyataan itu, pada 21 Mei (Rabu) akan diadakan perasmian bersama AMK dan Kongres Wanita manakala Kongres Nasional AMK dan Kongres Nasional Wanita pula akan diadakan pada Khamis, 22 Mei.
Pengundian Pemilihan Peringkat Pusat dan Perasmian Kongres Nasional PKR 2024/2025 pula akan diadakan pada 23 Mei (Jumaat) manakala Kongres Nasional PKR 2024/2025 pada 24 Mei (Sabtu).
Fuziah turut memaklumkan bahawa segala persiapan yang melibatkan perwakilan, logistik dan pelaksanaan akan diselaraskan semula mengikut ketetapan tarikh yang terkini.
“PKR menyeru semua pihak yang terlibat agar mengambil maklum akan perubahan ini dan melakukan penyesuaian sewajarnya,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

