MALAYSIA dan Bahrain bersetuju meneroka peluang kerjasama strategik dalam bidang keusahawanan dan pembangunan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Perkara itu dinyatakan ketika Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick menerima kunjungan hormat dua menteri Kerajaan Bahrain di pejabatnya, hari ini.
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dalam kenyataan memberitahu delegasi Bahrain itu diketuai Menteri Pembangunan Lestari merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Ekonomi Bahrain (EDB), Noor Ali Alkhulaif serta Menteri Perindustrian dan Perdagangan Bahrain, Abdulla Adel Fakhro.
Menurut KUSKOP, kunjungan tersebut bertujuan memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Bahrain dalam bidang keusahawanan dan PMKS.
Baca artikel lain: Malaysia komited kukuh kerjasama ekonomi dua hala dengan Bahrain sebagai rakan strategik – PM
“Perbincangan turut melibatkan pertukaran pandangan mengenai inisiatif bersama yang boleh dilaksanakan bagi memperkasa sektor PMKS.
“Ia khususnya dalam sektor berimpak tinggi, berpotensi pertumbuhan besar serta pemerkasaan amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dalam kalangan usahawan,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.
Delegasi Malaysia turut disertai oleh Ketua Setiausaha KUSKOP, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud; Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawanan), Datuk Zamri Salleh; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan), Noor Afifah Abdul Razak serta ketua-ketua agensi di bawah KUSKOP.
Pertemuan tersebut menzahirkan komitmen bersama kedua-dua pihak untuk memperkukuh jaringan kerjasama antara Malaysia dan Bahrain dalam bidang keusahawanan serta pembangunan PKS selaras dengan aspirasi pembangunan ekonomi mampan serantau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

