Menteri Kerja Raya nafi terlibat skandal rasuah Pan Borneo Sabah

Dari Penulis

MENTERI Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi hari ini menafikan dakwaan pembabitannya dalam skandal rasuah berkaitan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah (WP35) yang tular menerusi satu saluran Telegram.

Dalam kenyataan di Facebook hari ini, beliau menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah, tidak berasas dan bermotifkan niat jahat terhadap dirinya selaku anggota pentadbiran kerajaan.

“Mesej berkenaan mengandungi tuduhan secara langsung terhadap saya sebagai Menteri Kerja Raya Malaysia, dengan dakwaan yang bersifat fitnah, tidak berasas dan berniat jahat. Saya menafikan sekeras-kerasnya semua tuduhan tersebut,” katanya.

Beliau berkata tuduhan tidak berasas itu bukan sahaja menjejaskan reputasinya secara peribadi, malah turut mencemarkan nama baik Kementerian Kerja Raya serta kerajaan Malaysia secara keseluruhan.

Baca artikel lain: Pemandu lori terbabit nahas 6 kenderaan di Lebuhraya Guthrie ditahan

Lebih membimbangkan, mesej yang bermula di Telegram itu kini turut tersebar ke pelbagai platform media sosial lain yang boleh menimbulkan salah faham dan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat.

Sehubungan itu satu laporan polis telah dibuat oleh Setiausaha Sulit Kanan beliau di Balai Polis Tun H.S. Lee di Kuala Lumpur semalam bagi menafikan tuduhan tersebut dan meminta siasatan segera dijalankan.

“Saya akan memberikan komitmen penuh untuk bekerjasama dalam apa jua bentuk bagi membantu siasatan dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pihak yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah ini,” tegasnya.

Beliau turut menegaskan bahawa amalan menyebarkan fitnah tidak wajar dijadikan senjata politik atau alat untuk menjatuhkan seseorang demi kepentingan peribadi.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This