Sinergi institusi penyelidikan ASEAN pastikan kos ubat dikurangkan, kajian ditingkatkan – PM

Dari Penulis

INSTITUSI penyelidikan perubatan di negara ini termasuk Clinical Research Malaysia (CRM) disaran meningkatkan sinergi dengan insitusi penyelidikan di ASEAN bagi memastikan kos ubat-ubatan dapat dikurangkan, manakala penemuan serta kajian ditingkatkan, dan perubatan baharu yang bersesuaian dengan iklim serantau dapat diperkenalkan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata CRM juga perlu berkolaborasi dengan universiti tempatan khususnya fakulti perubatan bagi memastikan aspek penyelidikan diberikan tumpuan dan mendatangkan hasil yang terbaik untuk kegunaan rakyat.

“Cabaran kita antara lain ialah memastikan kos perubatan tidak melambung kerana industri perubatan ini boleh membebankan, seperti yang kita lihat dan baca, syarikat-syarikat besar (meraih) keuntungan terlalu tinggi tanpa mereka fikir ia membebankan pengguna.

Baca artikel lain: Pemandu lori terbabit nahas 6 kenderaan di Lebuhraya Guthrie ditahan

“Kita mahu dalam strategi kerjasama ASEAN yang lebih dekat dan mantap dengan pusat penyelidikan utama, seperti dari Phnom Penh, Vientiane, Singapura, Jakarta, Bangkok, Manila dan sekitarnya, dapat menjayakan kajian dan penyelidikan,” katanya pada perasmian CRM Trial Connect Conference 2025, hari ini.

Turut hadir Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak.

–BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This