Penganggur mengaku rompak telefon Honor milik pembantu gerai makanan

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

SEORANG penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan merompak telefon pintar milik seorang pembantu gerai makanan pada April lalu.

Pengakuan itu dibuat oleh tertuduh, Mohd Faizul Huzairi Johari, 35, sejurus pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Zulqarnain Hassan.

Bagaimanapun, Hakim itu menetapkan 16 Mei depan bagi membacakan fakta kes dan menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa telah melakukan kesalahan merompak telefon bimbit jenis Honor X9C milik seorang wanita, Lim Shep Ping, 34, dengan anggaran kerugian sebanyak RM1,000 di kaki lima Jalan Tumbuhan, dekat Wangsa Maju, Kuala Lumpur sekitar jam 5.30 petang pada 23 April lepas.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan hendaklah dikenakan denda atau sebatan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya tidak menawarkan sebarang jumlah jaminan ke atas tertuduh, manakala Mohd Faizul yang berdiri di dalam kandang tertuduh tidak diwakili oleh mana-mana peguam.

Susulan itu, Hakim Zulqarnain tidak membenarkan sebarang jaminan ke atas tertuduh dan menetapkan 16 Mei depan bagi fakta kes dan jatuh hukum.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This