MyKiosk bukan projek ‘gajah putih’, majoriti telah beroperasi – Nga

Dari Penulis

DAKWAAN projek MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menjadi projek ‘gajah putih’ adalah tidak benar dan tidak berasas, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Bercakap kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi Kecemerlangan KPKT 2024 hari ini, Nga berkata majoriti kios itu telah pun diisi, dengan hanya sebahagian kecil yang masih belum beroperasi.

“Tidak benar (dakwaan gajah putih). Majoritinya telah diisi, hanya sedikit (belum beroperasi).

“Arahan telah pun dikeluarkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan agar kesemua 7,000 kiosk di seluruh negara (untuk) diisi sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata, projek itu dijalankan berdasarkan permohonan menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT), yang mengutamakan penjaja kecil, khususnya yang berniaga secara tidak sah di tepi jalan.

“Dengan adanya MyKiosk, kita ‘menghalalkan’ perniagaan mereka menerusi sewaan percuma enam bulan pertama dan kadar sewa maksimum RM10 sehari,” katanya.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz sebelum ini mendakwa projek MyKiosk itu menjadi projek ‘gajah putih’ yang membazir dan tidak praktikal.

Projek MyKiosk KPKT adalah inisiatif kementerian itu untuk membantu golongan B40 dan peniaga perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) dengan menyediakan ruang niaga yang seragam, selamat dan selesa.

Projek itu bertujuan meningkatkan pendapatan dan taraf sosioekonomi penduduk setempat melalui penyediaan kios perniagaan dengan kadar sewaan yang rendah.

Sehingga Disember 2024, sebanyak 7,243 unit MyKiosk telah diluluskan di 133 PBT di seluruh negara, membantu lebih 7,000 keluarga meningkatkan pendapatan mereka.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

‘Tidak lekang di bibir kebergantungan mutlak kepada Allah’ – Asyraf Wajdi

SETIAUSAHA Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi sebagai pemimpin muda yang...

More Articles Like This