SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyangkal dakwaan tular menerusi video di TikTok kononnya seorang pegawai kanannya ‘menekan’ Datin Seri Pamela Ling Yueh supaya menyelesaikan isu penceraian dengan suaminya semasa sesi siasatan.
SPRM dalam kenyataan menegaskan, dakwaan yang keluar daripada seorang peguam yang tular di TikTok itu sebagai tohmahan yang tidak berasas.
Suruhanjaya itu menjelaskan, hasil siasatan dalaman mendapati pegawai kanan tersebut tidak pernah terlibat dalam siasatan kes melibatkan Pamela Ling.
Malah, katanya, pegawai itu juga tidak pernah berjumpa dengan wanita berusia 42 tahun berkenaan.
“Justeru, pegawai berkenaan telah membuat laporan polis dan aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung kandungan video itu, yang disifatkan sebagai fitnah dan berniat jahat.
“Beliau juga menafikan segala tuduhan dan menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut terhadap penyebar kandungan fitnah itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel lain: Suami Pamela Ling antara individu disiasat – KPN
SPRM turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengelirukan masyarakat dan mengganggu siasatan kes orang hilang yang sedang dijalankan oleh polis.
Pamela dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan untuk memberikan keterangan kepada SPRM sekitar jam 1.30 tengah hari hingga 2.10 petang pada 9 April lalu.
Terdahulu, seorang peguam yang juga aktivis hak asasi manusia menerusi sebuah video mendakwa wujud unsur tekanan dan campur tangan tidak wajar daripada SPRM dalam kes kehilangan ahli perniagaan itu.
Dalam dakwaannya, aktivis terbabit menyatakan bahawa Pamela djanjikan siasatan terhadapnya akan dihentikan sekiranya beliau bersetuju untuk menyelesaikan isu penceraian dengan suaminya.
Pada masa sama, beliau turut mempersoalkan tindakan SPRM yang dikatakan meletakkan Pamela dan suaminya dalam satu bilik semasa sesi siasatan dijalankan, di mana seorang pegawai SPRM didakwa menggesa pasangan itu agar ‘menyelesaikan penceraian pada waktu itu juga.’
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

