[V] Roziana Cindy terus hasilkan karya terbaik selepas kejayaan Paling Sejati – “Tinggalkan Luka mengingatkan kita untuk melepaskan kesakitan yang pernah melingkari…,”

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SELEPAS single Paling Sejati yang dilancarkan pada November tahun lalu berjaya meraih hampir 150,000 penstriman di Spotify dan lebih 300,000 tontonan di YouTube, penyanyi Roziana Cindy kembali dengan karya terbaharu berjudul Tinggalkan Luka.

Menariknya, lagu berkenaan merupakan hasil kerjasama dengan komposer terkenal dari Indonesia, Ilham Baso yang turut menghasilkan lagu-lagu popular seperti Bukan Dia Tapi Aku nyanyian Judika dan Menjaga Jodoh Orang Lain (Ara Johari).

Tinggalkan Luka berdasarkan pengalaman seseorang yang telah patah hati lalu membina keberanian untuk melepaskan kekuatan untuk bangkit semula. 

Dengan susunan muzik yang lembut, persembahan vokal penuh emosi, dan senikata yang menyayat hati, Tinggalkan Luka adalah sebuah karya yang menyentuh jiwa.

“Tinggalkan Luka mengingatkan kita untuk melepaskan kesakitan yang pernah melingkari dan tidak membenarkan ia mendefinisikan siapa kita. 

“Saya sangat berterima kasih kerana dapat bekerjasama dengan Ilham, yang bakat dan empatinya membawa lagu ini menjadi sesuatu yang begitu bermakna,” ujar Roziana yang juga bertindak sebagai penerbit eksekutif bagi projek lagu tersebut.

Lagu ini mengetengahkan sisi Roziana yang lebih tulus, rapuh dan bertafakur, langsung mempamerkan vokal yang menggetarkan perasaan.

Ilham yang terkenal dengan kemampuannya menzahirkan emosi kompleks melalui melodi yang menyentuh, turut berkongsi pandangannya mengenai kolaborasi ini.

“Roziana mempunyai suara yang membawa keanggunan dan kebenaran. Kolaborasi dalam Tinggalkan Luka membolehkan kami menyampaikan pengalaman universal tentang kehilangan dan penyembuhan. Saya percaya ramai akan merasa terhubung melalui lagu ini,” katanya.

Dengan pelancaran lagu Tinggalkan Luka, Roziana memperkukuhkan lagi kehadirannya dalam industri muzik serantau, sekali gus menampilkan kematangan artistik dan emosinya dalam menyampaikan lagu-lagu yang bersifat peribadi, intim, dan mudah dirasai oleh semua lapisan masyarakat.

Single ini dilancarkan secara rasmi pada 25 April lalu dan boleh didengar di semua platform penstriman digital utama seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, dan Deezer.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Baby Shima angkat Bahasa Iban dalam Asai Ke Mimpi, tanda penghargaan buat Sarawak

Penyanyi popular, Baby Shima dilihat semakin mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik apabila tampil dengan single berbahasa Iban berjudul Asai...

More Articles Like This