JPP nafi dakwaan Rafizi, tegaskan setiap aduan ditangani profesional, adil

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

JAWATANKUASA Pemilihan Pusat (JPP) PKR menyangkal dakwaan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli kononnya jawatankuasa itu gagal berfungsi dengan baik ketika pemilihan di peringkat Cabang sebelum ini.

Timbalan Pengerusi JPP, Datuk Ahmad Kasim menegaskan segala proses berkaitan senarai pengundi bagi Pemilihan PKR 2025 telah dijalankan secara telus dan berlandaskan peraturan sedia ada.

Menurut beliau, senarai keanggotaan yang digunakan merupakan senarai terkini yang diterima daripada Pejabat Setiausaha Agung setelah melalui proses pengesahan eKYC secara menyeluruh sebelum dikemaskini sebagai senarai pemilih yang sah.

Ahmad Kasim menegaskan, dakwaan bahawa JPP tidak mengendahkan aduan dan bantahan yang dikemukakan adalah tidak benar dan amat dikesali.

Malah, kata beliau, setiap aduan dan bantahan yang diterima telah diberi perhatian serius serta ditangani secara profesional, adil dan mengikut lunas peraturan.

“Untuk makluman, Peraturan Pemilihan Parti telah diluluskan oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada 23 Februari 2025 dan disahkan oleh Biro Politik pada 3 Mac 2025 yang mana kedua-dua badan ini dianggotai oleh Rafizi sendiri.

“Peraturan ini secara jelas menetapkan bahawa setiap bantahan atau rayuan hendaklah disertakan dengan bukti yang mencukupi dan beban pembuktian terletak pada pihak yang mengemukakan bantahan atau rayuan tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Ahmad Kasim yang juga Pengerusi Biro Bantahan dan Aduan PKR berkata, JPP telah menerima sejumlah 289 bantahan dan aduan yang merangkumi pelbagai peringkat proses termasuk pencalonan, bantahan terhadap pencalonan, rayuan, pemuktamadan senarai calon, kempen dan proses pengundian.

Baca artikel lain: Pemilihan PKR ‘pertarungan rakan-rakan setia’ – Anwar

Beliau berkata, kesemua aduan itu telah diteliti dengan cermat dan sebahagiannya telah dirujuk kepada Pejabat Setiausaha Agung serta Lembaga Disiplin Parti untuk tindakan lanjut berdasarkan bidang kuasa masing-masing.

Jelasnya, setiap aduan yang dikemukakan oleh anggota telah dan akan diberikan maklum balas rasmi berhubung keputusan dan pertimbangan JPP selaras dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban.

“Selain itu, segala perkembangan penting berkaitan Pemilihan PKR 2025 juga telah dilaporkan secara berkala kepada MPP dan adalah mustahil untuk perkara ini tidak berada dalam pengetahuan mana-mana anggota MPP termasuk Rafizi.

“JPP juga meneliti bantahan keputusan pengundian selepas tamat pemilihan peringkat cabang dan dibentangkan dalam mesyuarat MPP dan MPP telah membuat keputusan untuk menyemak semula keputusan bagi enam cabang terpilih bersama juruaudit antarabangsa yang dilantik oleh MPP bagi mewakili semua segmen isu berkaitan keputusan pengundian Cabang yang dibangkitkan.

“Laporan juruaudit antarabangsa disebarkan Rafizi membuktikan sistem e-pengundian berada dalam keadaan baik, selamat dan tiada bukti terdapat manipulasi serta penyelewengan,” katanya.

Semalam, Rafizi dilaporkan mengkritik pengendalian pemilihan PKR peringkat Cabang sebelum ini yang disifatkan sebagai ‘badan tanpa kepala’ dan berkata JPP gagal berfungsi dengan baik.

Beliau mendakwa, Pengerusi JPP, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa gagal menyelesaikan aduan berhubung wujudnya kepincangan seperti didakwa.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

KESUMA komited realisasi aspirasi TVET 2.0 melalui dana RM50 juta

KEMENTERIAN Sumber Manusia (KESUMA) komited untuk merealisasikan aspirasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) 2.0 menerusi peruntukan dana...

More Articles Like This