SAMBUTAN Hari Wesak merupakan peringatan penting yang mengangkat nilai-nilai universal seperti belas ihsan, kerukunan dan kedamaian, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam perutusannya sempena Hari Wesak hari ini, Anwar berkata di Malaysia, sambutan itu menyentuh hati nurani masyarakat untuk bersama-sama menyemarakkan nilai karamah insaniah serta mengangkat prinsip saling menghormati dalam kepelbagaian budaya dan kepercayaan.
Baca artikel lain: Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Wesak
“Justeru, saya menyeru semua kita untuk menyemangatinya demi negara yang berukun dan berpadu sambil mengekal tradisi dan budaya yang terangkum,” katanya.
Hari Wesak disambut penganut agama Buddha bagi memperingati tiga peristiwa penting dalam kehidupan Siddhartha Gautama Buddha, iaitu kelahiran, penyedaran dan hari dia meninggal dunia.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

