Pemandu Navara langgar lari suami isteri naik motosikal disambung reman

Dari Penulis

PEMANDU kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara yang merempuh pasangan suami isteri menunggang motosikal di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Sabtu lalu akan disambung reman hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa dalam kenyataan ringkas turut mengesahkan bahawa pemandu Nissan Navara itu bukanlah pemilik kenderaan berkenaan.

Menurut beliau, proses sambung reman suspek akan dijalankan hari ini dengan kertas siasatan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

“Hari ini dalam proses sambung reman dan seberapa segera akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan lanjut.

“Pemandu kenderaan dalam kejadian itu bukan pemilik kenderaan terbabit,” katanya tetapi tidak mengulas lanjut.

Baca artikel lain: Pemandu pacuan empat roda direman dua hari langgar lari pasangan naik motosikal

Semalam, polis menahan seorang pemandu kereta pacuan empat roda yang terlibat dalam kemalangan membabitkan pasangan suami isteri menaiki motosikal berkuasa tinggi sebelum Plaza Tol Duta menghala ke pusat bandar pada 2.30 petang, Sabtu lalu.

Penunggang motosikal yang juga lelaki berusia 53 tahun mengalami retak tulang selangka dan luka pada bahagian buku lali, manakala isterinya yang membonceng motosikal berkenaan mengalami kecederaan serius.

Wanita berusia 49 tahun itu mengalami kecederaan patah buku lali dan tulang rusuk kanan serta pendarahan dalam otak akibat pelanggaran itu, dan kedua-duanya sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh

Sebelum itu, tular di media sosial klip video berdurasi satu minit memaparkan sebuah kereta pacuan empat roda melarikan diri selepas melanggar motosikal dinaiki pasangan suami isteri terbabit.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan MADANI komited pastikan setiap kerajaan negeri terima sokongan yang diperlukan – Saifuddin

KERAJAAN MADANI kekal komited memastikan setiap kerajaan negeri menerima sokongan yang diperlukan berdasarkan keperluan pembangunan serta kesejahteraan rakyat. Menteri Dalam...

More Articles Like This