Sultan Pahang, Tengku Ampuan santuni keluarga kanak-kanak lemas

Dari Penulis

SULTAN Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menyantuni keluarga kanak-kanak perempuan yang ditemukan lemas ketika beriadah di muara Sungai Balok, Kuantan.

Keberangkatan baginda ke rumah Nur Afia Ramadhannie Zolkurnain,7, yang terletak di Sungai Ular, Kuantan diiringi Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

“Baginda berdua amat bersimpati dengan kejadian tersebut dan berharap ibu bapa serta seluruh keluarga mangsa tabah dan reda dengan ujian kehilangan itu,” menurut hantaran di laman Facebook Kesultanan Pahang.

Baca artikel lain: Dua beradik Orang Asli hilang di Kuala Krai ditemukan lemas

Insiden itu berlaku pada kira-kira 5 petang Sabtu lepas ketika Masitah Latipah Adam, 42, membawa anak-anaknya termasuk Nur Afia Ramadhannie untuk beriadah dan mencari kepah di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, anak ketujuh daripada lapan beradik itu dilaporkan hilang sebelum ditemukan lemas beberapa jam kemudian.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

KESUMA komited realisasi aspirasi TVET 2.0 melalui dana RM50 juta

KEMENTERIAN Sumber Manusia (KESUMA) komited untuk merealisasikan aspirasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) 2.0 menerusi peruntukan dana...

More Articles Like This