Dua beradik Orang Asli hilang di Kuala Krai ditemukan lemas

Dari Penulis

DUA beradik Orang Asli yang hilang di Sungai Kilat, Kuala Krai sejak Sabtu lepas, ditemukan lemas di dua lokasi berbeza hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Durian, Zulhilmi Baharudin berkata mayat dua beradik itu iaitu Irruwan Rantau, 18, ditemukan di Pengkalan Pasir, Paloh Rawa, Machang pada 8.50 pagi tadi.

“Mayat Rahidi Rantau, 16, pula dijumpai di Pengkalan Pasir, Bukit Panau, Tanah Merah pada kira-kira 10 pagi,” katanya kepada Bernama hari ini.

Baca artikel lain: Lelaki terjatuh dari dermaga bersama motosikal ditemukan lemas

Beliau berkata mayat Irruwan ditemukan oleh penduduk kampung pada jarak kira-kira 25 kilometer dari lokasi kejadian manakala mayat Rahidi dijumpai pada jarak 35 kilometer.

“Jarak penemuan mayat agak jauh berpunca daripada faktor cuaca serta arus sungai deras berikutan hujan pada malam sebelumnya. Mayat akan dihantar ke Hospital Machang dan Hospital Tanah Merah untuk proses bedah siasat,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This