Ahmad Zahid pengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri, wakili PM

Dari Penulis

TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya, mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dalam lawatan rasmi empat hari ke Rusia.

Ahmad Zahid berkata mesyuarat berjalan lancar dengan tumpuan diberikan kepada perkara yang menyentuh kepentingan rakyat dan negara secara keseluruhan.

“Setiap perbincangan dan keputusan diambil secara kolektif agar dapat membawa kebaikan yang berpanjangan untuk negara kita.

Baca artikel lain: Jenazah Konstabel Akmal Wafi selamat dikebumikan

“Insya-Allah, segala amanah yang digalas akan terus saya pikul dengan tekad dan iltizam demi Malaysia yang lebih makmur dan sejahtera,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Semalam Anwar tiba di Moscow untuk lawatan rasmi hingga 16 Mei, atas undangan Presiden Rusia Vladimir Putin dan diberi Kawalan Kehormat sebaik mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo-2, Moscow pada 6.26 petang waktu tempatan (11.26 malam waktu Malaysia).

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This